Kepada Pelajar PGSR KDC Ambilan Nov 2008

Selamat datang kepada semua... terutama pelajar-pelajar PGSR KDC Ambilan Nov 2008.

Harapan saya agar blog ini akan menjadi medium ilmu dan penghubung antara kita bagi bertukar-tukar ilmu yang ada berkaitan kursus MTE3109.

Sekian terima kasih.

Jamiemaths




Thursday 24 November 2011

Amali- Pecahan

KUMPULAN PGSR AMBILAN NOV 2008 (6E)
Kesibukan guru-guru PGSR menjaankan amali penyediaan ABM untuk pengajaran Pecahan.




Wednesday 7 September 2011

Penghantaran TUGASAN

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Adalah diingatkan kepada semua pelajar kursus PGSR MTE3109..,
Tarikh untuk menghantar tugasan Kerja Kursus adalah 11 Oktober 2011.
Sebarang pertanyaan, pendapat dan perkongsian boleh disampaikan melalui komen di blog ini.
Penyertaan Tuan/Puan adalah perlu bagi mewujudkan kolaborasi antara kita.
Harap maklum.


Jamilah

Monday 8 August 2011

Tugasan Bagi 6E(BT)


PROJEK




PROGRAM : PGSR

NAMA :



KURSUS  :MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN,  
                   PERPULUHAN DAN PERATUS
                  (MTE 3109)

SEMESTER  : 6

                       KDC MAC AMBILAN NOV 2008



TARIKH MENERIMA
TUGASAN
11 Ogos 2011

TARIKH SERAHAN

TUGASAN
11 Oktober  2011



Hasil Pembelajaran

1.    Menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dalam rangka pembelajaran kanak-kanak dengan nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pengajaran mikro /makro.
2.    Menerangkan perkembangan kefahaman kanak-kanak tentang nombor,  pecahan, perpuluhan dan peratusan .
3.    Mengukuhkan konsep Matematik kanak-kanak dalam nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4.    Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan
Projek ini adalah untuk menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 4


Objektif Projek:

Pada akhir projek ini, pelajar akan dapat :

1.        mencari dua artikel berkenaan idea pengajaran salah satu tajuk berikut : Nombor, Pecahan, Perpuluhan atau Peratus.

2.        membuat pilihan daripada artikel berkenaan, satu artikel yang difikirkan mempunyai idea pengajaran yang lebih baik serta memberikan justifikasinya.

3.        menyediakan dan melaksanakan satu rancangan pengajaran di sekolah masing-masing dengan menambahbaik idea daripada artikel pilihan.

4.        membuat refleksi tentang pelaksanaan pengajaran serta mencadangkan penambahbaikan.

Projek (100 markah)

Pelbagai kaedah telah diideakan oleh banyak pihak bagi membantu memantapkan penguasaan murid dalam topik Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Segala idea yang dicetuskan sedikit sebanyak boleh dimanfaatkan oleh golongan pendidik untuk menyediakan rancangan pengajaran yang baik seterusnya melaksanakan pengajaran yang berkesan.
            Dalam projek ini, anda diminta meninjau idea-idea yang sedia ada berkenaan pengajaran salah satu daripada topik Nombor, Pecahan, Perpuluhan atau Peratus. Daripada tinjauan ini, anda hendaklah memilih idea terbaik yang dibincangkan serta berikan justifikasi tentang pilihan anda itu.
            Seterusnya, anda diminta merancang serta melaksanakan satu pengajaran berkaitan topik berkenaan dengan mengaplikasikan idea yang dibincangkan serta mengadaptasikan penambahbaikan yang difikirkan perlu.  Bagi menyempurnakan pengajaran ini, anda hendaklah membina bahan manipulatif yang bersesuaian untuk digunakan. Akhirnya, anda diminta membuat refleksi terhadap keberkesanan pengajaran yang dijalankan serta berikan cadangan penambahbaikan untuk pengajaran yang lebih berkesan.

Perincian tugasan:

Bagi menyempurnakan tugasan ini, anda dikehendaki:

i.       mencari dua artikel berkenaan dengan idea pengajaran salah satu topik berikut:       Nombor, Pecahan, Perpuluhan atau Peratus. Ringkaskan setiap artikel.

ii.       memilih  artikel yang difikirkan memberi  idea pengajaran yang lebih baik serta berikan justifikasi pilihan anda.

iii.      menyediakan satu rancangan pengajaran berpandukan idea yang dibincangkan di dalam artikel pilihan. Anda diminta mengubahsuaikan serta menambahbaik idea asal berdasarkan keperluan dan kesesuaian murid anda.

iv.     membina bahan manipulatif yang bersesuaian dengan rancangan pengajaran anda.

v.      melaksanakan rancangan pengajaran kepada murid-murid anda menggunakan bahan manipulatig yang telah dicipta.

vi.     merakamkan pelaksanaan pengajaran anda dalam bentuk video.

vii.     membuat refleksi tentang keberkesanaan  idea pengajaran yang dijalankan. Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk pengajaran yang lebih berkesan di masa hadapan.


Arahan kerja:

1.  Laporan projek ini hendaklah ditaip menggunakan tulisan Arial bersaiz 12, langkauan 1.5 dan saiz kertas A4.

2.   Semua bahan dan rujukan hendaklah dinyatakan dengan jelas menggunakan format APA.

3.   Gambarajah dan jadual hendaklah dilabelkan dengan jelas dan teratur.

4.   Laporan anda hendaklah disertakan bersama boidata diri dan kulitnya hendaklah mengandungi butiran berikut:

                     4.1          NAMA
                     4.2          NOMBOR KAD PENGENALAN
                     4.3          KUMPULAN
                     4.4          SUBJEK DAN KOD SUBJEK
                     4.5          NAMA PENSYARAH
                     4.6          TARIKH HANTAR 11 Oktober  2011




MTE3109 

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Blok ini khas untuk pelajar-pelajar PGSR 6E (BT) ambilan Nov
Harapan agar blog ini akan menjadi medium perhubungan dan pertukaran ilmu antara kita....

Terima kasih
Jamilah